Sunday 24 April 2011

Ku mEncinTaiMu daLam diAmKu...

    
   Apabila belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukuplah menyintai si dia dalam diam...
  
 
kerana diamku adalah salah satu bukti cintaku padamu...
ku ingin memuliakan dirimu, dengan tidak mengajakmu menjalin hubungan yang terlarang, 
 tidak akan sekali-kali ku merosakkan kesucian hatimu...

 

 Kerana diamku boleh memuliakan kesucian dirimu dan hatimu...
menghindarkan dirimu dari anasir-anasir yang akan merosakkan segala-galanya...

kerana diamku bukti kesetiaanku padamu...
kerana mungkin saja orang yang ku cintai adalah juga orang yang telah Allah SWT pilihkan untukku...

 

ingatkah kita tentang kisah Fatimah dan Ali?
yang keduanya saling memendam perasaan?????? Apa yang mereka rasakan semestinya kita semua dapat menekanya.....
dan akhirnya cinta mereka dipertemukan dalam ikatan suci lagi indah

 

kerana dalam diamku tersimpan kekuatan...
yakni kekuatan harapan...
harapan yang mungkin suatu hari nanti mampu menjadi realiti..... hingga cintaku yang diam itu dapat menjelma dalam kehidupan nyata...
bukankah Allah tak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padanya???

 

dan jika memang 'cinta dalam diamku' itu tidak diberikan kesempatan untuk menjelma di dunia nyata, biarkan ia ditelan arus diam...

jika dia memang bukan milikku, akan ku redhai dengan sebaik-baiknya kerana melalui waktu itulah akan menghapus 'cinta dalam diamku' itu dengan menggantikan rasa yang lebih indah pada orang yang lebih istimewa dan lebih berhak untukku...

 

biarkan 'cinta dalam diamku' menjadi memori indah yang tersendiri dan sudut hatiku menjadi syurga rahsia antara ku dan Sang Pemilik hatiku.......

Sesungguhnya aku benar-benar mencintaimu wahai Ar-Rijal  dan biarlah cintaku terhadapmu hanya Allah saja yang tahu.......


 Smoga hidupku sebahagia ini 6nti.... 
 Amin Ya Rabbal Alamin... 

Friday 22 April 2011

iSteRi keDua..

                
                                                                                            

 Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tegas dan yakin.

Tiba-tiba mata Fatimah merah, air mata mula bergelinang di kelopak bawah.

“Tak sangka awak sudah beristeri! Awak jahat! Sanggup mempermainkan hati saya. Awak ingat saya tiada maruah? Hah!” pekik Fatimah dengan suara tersekat-sekat.

Mata Fikri liar melihat kiri kanan, mungkin ada sesiapa yang memandang perlakuan dia dan Fatimah. Bukan takutkan pandangan manusia, tetapi lagak Fatimah langsung tidak selari dengan penampilannya.

“Saya ingat kita lama berkawan, awak masih bujang. Tapi rupa-rupanya…” Fatimah mula sebak.

“Tak. Maksud saya – ”

“Sudah! Jangan bermulut manis lagi. Cukup!” potong Fatimah dengan kasar.

“Awak nampak macam alim, tapi sanggup menipu saya. Dan awak sanggup melamar saya menjadi isteri kedua awak. Awak ingat saya ni siapa?” suara Fatimah semakin tinggi, setinggi egonya.

Fikri diam seribu bahasa. Dia sudah tahu `Fatimah’ di sebalik Fatimah yang dia kenal selama ini.

Fatimah bergegas dari situ sambil mengelap air mata dengan tudung labuhnya berwarna kuning. Dalam hatinya, Fikri seolah-olah menghinanya apabila memujuknya untuk bermadu.

Fikri muram. Namun masih terselit kekecewaan di sudut hatinya. Kekasih hatinya belum bersedia rupa-rupanya.

“Ada hikmah,” bisik hati kecil Fikri, sekecil pandangannya terhadap Fatimah.
                                   
                             
Hujung minggu berjalan seperti biasa. Program-program dakwah menyibukkan jadual Fikri sebagai seorang muslim yang beramal dengan apa yang diyakininya. Duitnya banyak dihabiskan untuk memenuhi tuntutan dakwah yang seringkali memerlukan pengorbanan yang tidak berbelah bahagi. Namun, hatinya tegas dan yakin bahawa inilah jalannya. Jalan yang membawa dia menemui Tuhannya dengan hati yang tenang serta bahagia di hari kelak.

Keyakinan serta keaktifan Fikri berdakwah sedikit sebanyak memenangi hati gadis-gadis dalam jemaahnya. Malah, Fikri dilihat sebagai calon suami yang bakal memandu keluarganya nanti ke arah memperjuangkan agama yang dianutinya sejak sekian lama. Sudah terlalu ramai muslimah yang menaruh hati padanya, namun, Fatimah terlebih dahulu rapat dan memenangi hati Fikri. Bagi Fatimah, Fikri seperti pelengkap kepada dirinya. Namun, hanya sehingga saat Fikri melamarnya menjadi isteri kedua.
                            

Fikri masih lagi aktif dalam dakwah meskipun hubungannya dengan Fatimah nampak seperti tiada jalan penyelesaian. Dia mahu berbaik dengan Fatimah, namun sikap Fatimah yang keras dan kurang memahami erti dakwah membantutkan usaha Fikri tersebut. Bagi Fatimah, Fikri tak ubah seperti lelaki lain.

Gerak kerja dakwah Fikri berjalan seperti biasa. Siangnya ke hulu ke hilir memenuhi program serta amal jariah kepada masyarakat. Malamnya sibuk dengan mesyuarat dengan sahabat-sahabat seangkatannya. Fikri semakin percaya jalan dakwahnya, sama sekali dia tidak akan berganjak dari jalan ini hatta datang ancaman sebesar gunung sekalipun. Dia terlalu matang, jauh sekali daripada pemikiran pendakwah lain yang
semudanya.
 

Namun, Allah s.w.t. Maha Mengetahui lagi Maha Pemurah. Sekali lagi Dia menghantar seorang perempuan bagi menguji Fikri, sama ada dia menjadi pemangkin atau perencat bagi dakwah Fikri.

Suatu petang dalam suatu program dakwah di sebuah madrasah, Fikri dikejutkan dengan luahan ikhlas dari sahabat lamanya, Nusaibah. Fikri sekali lagi gusar takut-takut Nusaibah tidak dapat menjadi sayap kiri perjuangannya selepas berumahtangga nanti. Isteri pertamanya sudah pasti membawa Fikri menemui Tuhannya, namun, Nusaibah yang kurang dikenalinya adakah sama seperti Fatimah atau tidak?

Fikri bercelaru, tetapi tidak bermakna lamaran Nusaibah ditolak. Dia meminta sedikit masa untuk memikirkan keputusan tersebut.

Setelah merisik pemikiran Nusaibah daripada beberapa sahabat terdekatnya, Fikri berjumpa dengan Nusaibah bertemankan sahabat baiknya. Dengan tegas dan yakin, sekali lagi Fikri mengulangi soalan yang pernah ditanya kepada Fatimah.

 

“Awak sudi jadi isteri kedua saya?” tanya Fikri tanpa segan silu.

“Sudi,” jawab Nusaibah ringkas.

“Er, betul ke ni?” tergagap Fikri menerima jawapan Nusaibah yang tenang dan yakin.

Nusaibah mengangguk kepalanya sedikit. Langsung tiada rasa takut mahupun kecewa apabila lamaran sebagai isteri kedua yang dilafazkan oleh Fikri.

“Kenapa saya?” tanya Fikri ingin tahu.

“Saya ingin membantu gerak kerja dakwah awak,” jawab Nusaibah yakin tetapi sedikit malu.

“Baiklah,” jawab Fikri tersenyum.

Akhirnya, Fikri dikurniakan sayap kiri yang sangat membantu dalam gerak kerja dakwahnya selama ini.

Setelah seminggu mendirikan rumahtangga bersama Nusaibah, Fikri terasa dakwahnya semakin laju. Jadualnya senang, pakaiannya dijaga, makannya disedia. Malah, Nusaibah sangat membantu gerak kerja Fikri semampu mungkin. Setiap kali turun ke lapangan untuk berdakwah, Fikri membawa Nusaibah untuk membantu kerja dakwah seadanya.
 

Kadang-kala letih menyinggah Nusaibah. Suaminya terlalu kerap keluar berdakwah, seperti mesin yang tiada hayat. Namun, inilah yang dia yakini sebelum berkahwin dengan Fikri. Membantu suami melancarkan gerak kerja dakwah. Nusaibah juga berjaga-jaga takut dirinya pula yang menjadi pembantut atau penghalang dakwah suaminya.

“Abang, saya nak tanya boleh?” sapa Nusaibah dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke sebuah program dakwah.

“Ye sayang?” jawab Fikri sambil memandu.

“Abang tak pernah pun bawa saya jumpa isteri pertama abang,” luah Nusaibah yang sangat teringin berjumpa dengan madunya.

“Dah sampai sana nanti, kita akan jumpa,” Fikri menoleh sedikit ke arah Nusaibah, sambil tersenyum.

“Yeke? Dia datang program tu rupanya,” jawab Nusaibah riang.

Hatinya berdebar ingin berjumpa madunya yang banyak membantu Fikri dalam gerak kerja dakwah. Di sudut kecil Nusaibah, dia merendah diri kerana usahanya membantu dakwah suaminya hanya sedikit berbanding dengan isteri pertama Fikri yang banyak membantu selama ini. Tidak hairanlah Fikri aktif dalam dakwah sebelum ini.

“Kita dah sampai,” Fikri membuka pintu keretanya sambil memegang beg berisi fail ditangannya.

Fikri berdiri, mengadap ke arah sebuah khemah di hadapan masjid, lalu menoleh ke arah Nusaibah yang berdiri di sebelah kiri kereta.
                           

“Itu isteri pertama abang,” Fikri menuding jari ke arah khemah tersebut.

“Mana bang?” Nusaibah mengecilkan matanya, fokusnya mencari arah jari Fikri.

“Tak nampak pun,” Nusaibah meninggikan sedikit hadapan kakinya.

“Siapa nama isteri pertama abang?” Nusaibah sangat berdebar.

Fikri tersenyum lebar, memandang Nusaibah penuh tenang.

“Perjuangan,” jawab Fikri.

***

                                          
“Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan Rasul-Nya dan (daripada) berjihad untuk agama-Nya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusan-Nya (azab seksa-Nya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).”

seCebiS kEnanGan...

                                                          
         Alam persekolahan yang pasti tidak akan aku lupakan. Alam yang mengajar aku erti persahabatan. Alam yang mengajarku erti "persahabat kembar". Means kawan yang sentiasa bersama-samaku ke mana saje...... di kelas, kantin, tandas.... dan balik tinggal di rumah sewa bersama-sama,... Alam yang mengajarku erti hidup berdikari... Hidup jauh dari family dan hanya tinggal bersama kawan-kawan.... Di sinilah bermulanya kematangan hidupku, belajar memasak, belajar itu ini dan segalanya... Alangkah indahnya alam ini.... Bergurau senda bersama guru-guru, dan kawan-kawan.... Alangkah indahnya....


Diriku bebas ke mana-mana....  Di sinilah diriku belajar erti sahabat sejati.... Sahabat yang sentiasa ada di kala suka dan duka... Sahabat yang merupakan orang yang paling dekat selepas familyku... Segala-galanya ku berkongsi bersamamu...   Zaman yang mengajarku erti kesungguhan menuntut ilmu.... Pengorbanan dan kasih sayang guru-guruku.... Sesungguhnya kalian semua telah mengajar diriku apa itu erti sebuah kehidupan....

duHai SriKandiKu..


  
 Maafkan aku jika coretan ini memanaskan hatimu.Sesungguhnya aku adalah Hawa, temanmu yang kau pinta semasa kesunyian di syurga dahulu. Aku asalnya dari tulang rusukmu yang bengkok. Jadi tidak hairanlah jika perjalanan hidupku sentiasa inginkan bimbingan darimu, sentiasa mau terpesong dari landasan,kerana aku buruan syaitan
 
 Adam,
Maha suci Allah yang mentakdirkan kaumku lebih ramai bilangannya dari kaummu di akhir zaman, Itulah sebenarnya ketelitian Allah dalam urusanNya. Jika bilangan kaummu mengatasai kaumku nescaya merahlah dunia kerana darah manusia, kacau-bilaulah suasana, Adam sama Adam bermusuhan kerana Hawa. Buktinya cukup nyata dari peristiwa Habil dan Qabil sehinggalah pada zaman cucu-cicitnya. Pun jika begitu maka tidak selaraslah undang-undang Allah yang mengharuskan Adam beristeri lebih dari satu tapi tidak lebih dari empat pada satu waktu.

 
                                            Adam,
Bukan kerana ramainya isterimu yang membimbangkan aku, Bukan kerana sedikitnya bilanganmu yang merunsingkan aku. Tapi,..aku risau, gundah dan gulana menyaksikan tingkahmu. Aku sejak dulu lagi sudah tahu bahawa aku mesti tunduk ketika menjadi isterimu. Namun.terasa berat pula untukku meyatakan isi perkara… 

 
                                            Adam,
Aku tahu bahawa dalam Al-Quran ada ayat yang menyatakan kaum lelaki adalah menguasai terhadap kaum wanita. Kau diberi amanah untuk mendidik aku, Kau diberi tanggungjawab untukmenjaga aku, memerhati dan mengawasi aku agar sentiasa di dalam redha Tuhanku danTuhanmu. Tapi Adam, nyata apa yang sudah terjadi pada kaumku kini, Aku dan kaumku telah ramai menderhakaimu. Ramai yang telah menyimpang dari jalan yang ditetapkan.Asalnya Allah mengkehendaki aku tinggal tetap di rumah. Di jalan-jalan, di pasar-pasar, di bandar-bandar bukan tempatku. Jika terpaksa aku keluar dari rumah seluruh tubuhku mesti ditutup dari hujung kaki sampai hujung rambut. Tapi realitinya kini, Hawa telah lebih dari sepatutnya. Adam, mengapa kau biarkan aku begini? Aku jadi ibu, aku jadi guru, itu sudah tentu katamu. Aku ibu dan guru kepada anak-anakmu. . Apakah kau sekarang tidak lagi seperti dulu? Adakah sudah hilang kasih sucimu terhadapku? 

 
                                         
                                           Adam.....
Marahkah kau jika kukatakan andainya Hawa terpesong maka Adam yang patut tanggung! Kenapa? Mengapa begitu ADAM? Ya! Ramai orang berkata jika anak jahat emak bapak tak pandai didik, jika murid bodoh, guru yang tidak pandai mengajar! Adam kau selalu berkata, Hawa memang degil, tak mahu dengar kata, tak mudah makan nasihat, kepala batu, pada hematku yang dhaif ini
                                         


                                         Adam....
Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmummu, Aku adalah pengikut- pengikutmu kerana kau adalah ketua. Jika kau benar, maka benarlah aku. Jika kau lalai, lalailah aku. Kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.Akalmu sembilan, nafsumu satu. Aku...akalku satu nafsuku beribu!! Dari itu Adam pimpinlah tanganku, kerana aku sering lupa dan lalai, Sering aku tergelincir ditolak sorong oleh nafsu dan kuncu-kuncunya. Bimbinglah daku untuk menyelami kalimah Allah, perdengarkanlah daku kalimah syahdu dari Tuhanmu agar menerangi hidupku..

 

MaNiSnYa niLai sEbuaH pErsaHabaTan

  

PeRteMuaN,
YaNg MenJalInkaN,
 PeRsaHabaTan,
 SaLaM uKhwAh,
 AntaRa KiTa,
 TidAk akAn,
 Aku LuPakaN,

 kErna Kau peRnaH,
 Satu KetiKa BerTanDang,
 DaLam HiDupKu,
 bErKonSi cEriTa,
 baHaGia,
 DeriTa,
 DaN,
 PerNah meNitiSkan aIr,
 maTa beRsaMa..

 
 KaUlah SahabatKu,
 yaNg menGajarKu,
 ErTi seBuah,
 pEngoRbanAn,
 daN kEsetiaAn,
 KasiH saYanG,
 kEbahaGiaaN,
 kEsabaRan,

 
 AlanGkah ManiSnYa,
 LikU- liKu peRsaHabaTan,
iNi...

 

Alangkah Indahnya

                       
                      










  Alangkah indahnya ciptaanNya bagi manusia yang mahu berfikir....

Thursday 21 April 2011

Sahabatku Buah HatiKu

Ya Allah,
ketika semangatku hampir padam, 
Tika aku hampir berputus asa,
Engkau hadirkan kepadaku,
Kegembiraan yang  tak kusangka,
Ketenangan yang belum pernah ku kecapi,
Dengan  satu salam persahabatan,
Di suatu waktu, 


Ya Allah Engkau rahmatilah persahabatan kami ini, 
Jagalah hati-hati kami, 
Bajailah hati-hati kami dngan kasih sayang,
 Jauhilah diri kami drpda sifat buruk sangka drpd hati kami,
 Ya Allah jadikanlah persahabatan kami ini,
 Satu medan perjuangan bagi kami, 
 Medan perjuangan yang mengajar kami erti, 
 Pengorbanan,
 Kasih sayang,
 Kesetiaan, 


 Wahai sahabatku,
 Ketahuilah ku amat gmbira dngan kehadiranmu,
 Pimpimlah tanganku ini,
 ke arah jalan yang betul, 
 tegurilah andai kte diri ini tersilap @ tersalah,
 Kerna ku hanya insan biase di alam fana ini.
 Sesungguhnya ku amat bahagia mngenalimu,
 Teman...


Musafir Hidup




Ya Allah, kadang-kadang diri ini bermonolog sendiri mngapa diri ini tidak melihat ciptaanMu. Bukankah banyak lagi ciptaanMu yang pabila ku melihat pasti ketenangan dan kedamaian terasa... Dikala masalah menimpa diriku, ku amat memerlukanMu Ya Ilahi... Sesungguhnya Liku-liku hidup ini amat payah untuk diertikan Ya Ilahi..   Ya Allah sinarilah hidup ku ini dngan HIDAYAH dan KASIH SAYANGMU  Ya Ilahi...... Sesungguhnya ku amat merinduiMu Ya Ilahi....   
                                                                                                                                                                                                              

Saturday 2 April 2011

THE DAY OF JUDGEMENT


Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda:


 
"Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan
salah 1 diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis."

- Sahih Bukhari

~ dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela.
"Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah
kiamat akan datang." - Sahih Muslim

~ dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat
muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka".
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab: "Apabila telah bermaharajalela bunyian(muzik)
& penyanyi€² wanita" - Ibnu Majah

~ S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah²...

4) Menghias masjid & membanggakannya.
"Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegahan dalam
mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.


~ memang dah nampak
dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat & hubungan dengan tetangga tidak
baik.

"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji,
memutuskan hubungan silaturahim & sikap yang buruk dalam
tetangga." - Riwayat
 Ahmad dan Hakim.

~ ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu...

6) Ramai orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik&
ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal
padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf
dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad

~ boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal...

7) Orang yang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh
Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik
ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh
2 orang mulia" - Riwayat Thabrani

~ George Bush, Ariel
Sharon....

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di
antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah
manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang
dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad

~ jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda€ ¦² telah hari kiamat
ialah akan muncul pakaian€ ¦² wanita & apabila mereka memakainya keadaannya
seperti telanjang".

~ fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc.)...

10) Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung
(membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani

~ tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita2 yang belum pernah kamu dengar & belum pernah
didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari
mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim

~ try baca akhbar2 & majalah² yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya
sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian
palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." -Riwayat Ahmad

~ tengok kes peperangan Iraq...

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari
kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai€ ¦²" -
Sahih Muslim

~ Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir...


Dari Abdullah bin 'Amir r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda:
"Sampaikanlah pesanku biarpun 1 ayat..."