Saturday 2 April 2011

KETAHUILAH DUHAI SAHABATKU SEMUA..

Tahukah saudara? Semenjak Nabi Adam terkeluar 
dari syurga akibat tipu daya iblis, beliau menangis 
selama 300 tahun. Nabi Adam tidak mengangkat 
kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada 
Allah swt.Beliau sujud di atas gunung selama 
seratus tahun. Kemudian menangis lagi sehingga 
air matanya mengalir di jurang Serantip. Dari air 
mata Nabi Adam itu Allah tumbuhkan pohon kayu 
manis dan pokok cengkih.Beberapa ekor burung 
telah meminum air mata beliau. Burung itu 
berkata, "Sedap sungguh air ini."Nabi Adam 
terdengar kata-kata burung tersebut.Beliau 
menyangka burung itu sengaja mengejeknya 
kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.


Ini membuatkan Nabi Adam semakin hebat 
menangis. Akhirnya Allah telah menyampaikan 
wahyu yang bermaksud, "Hai Adam, 
sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air 
minum yang lebih lazat dan hebat dari
air mata taubatmu itu."


Apa Yang Akan Ditanya:
* Dalam sehari ada 24 jam.?
* Dalam sejam manusia bernafas sebanyak 4320 
kali.
* Dalam setiap kali bernafas Allah akan tanya dua 
perkara semasa nafas keluar dan masuk 
Pertanyaan itu ialah, "Apa perbuatan yang kita
lakukan semasa nafas itu keluar dan masuk ?
Tiga Cahaya Di Hari Kiamat
Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.
Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:


"Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah
manusia yang ketika di dunia, mereka akan 
meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan 
mengambil air sembahyang apabila terdengar 
azan.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang 
mengambil air sembahyang sebelum azan.
Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti
matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di 
dalam masjid se
belum azan lagi."


Kala Jengking Neraka
Di hari kiamat akan keluar seekor binatang dari 
neraka jahanam yang bernama "Huraisy" berasal 
dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari 
timur hingga ke barat. Panjangnya pula seperti 
jarak langit dan bumi.Malaikat Jibril bertanya : "Hai 
Huraisy! Engkau hendak ke mana dan siapa yang 
kau cari?" Huraisy pun menjawab, "Aku mahu 
mencari lima orang.


Pertama, orang yang meninggalkan 
sembahyang.Kedua, orang yang tidak mahu 
keluarkan zakat. Ketiga, orang yang derhaka 
kepada ibubapanya.Keempat, orang yang 
bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.Simpanlah 
baik2 pesanan ini dan sebagai peringatan kita 
setiap hari. Sampaikan kepada sekelian 
muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi 
pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insyaallah .
Wassalam.


                                                               
MOGA ALLAH MEMBERIKAN KEAMPUNAN KEPADA KITA SEMUA... 

1 comment:

  1. syukran ya Ustazah...post yg sgt menginsafkan..

    psl taubat..org mukmin itu bila berbuat dosa, hatinya luka parah, menangis terkenangkan dosa lalu...punya rsa bersalah yg amat...
    kita mcm mana..=(

    3 cahaya tu..
    mula2 cahaya seperti bintang, naik taraf, seperti bulan, naik taraf lagi seperti matahari...
    semakin bertambah ganjaran...semakin kuat dugaan yg perlu dihadapi, semakin kuat nafsu yg perlu ditepis...


    takut dgn kala jengking tu..
    terkesan dgn sentiasa berckp dlm masjid, berbicara ttg hal duniawi..=( Astaghfirullah...



    peringatan2 ni lah yg diperlukan,
    biar hati menangis...
    kerana byknya dosa...
    antara sedar atau tidak...


    p/s: wah, cantik lah blog Ain ni ^_^ cantik2, bunga, b2 suka sgt! b2 rasa kalau bahagian post ni, Ain buat tulisan yg jelas sikit, mungkin nampak lebih baik...ltk la shoutbox, boleh b2 buat huru hara ^_^

    ReplyDelete